Tuesday, December 30, 2014

Hari terakhir di Bumi Australia & tidur di international ariport sydney

Hari ni merupakan hari terakhir di bumi australia setelah hampir dua tahun tak balik Malaysia.
Perasaan?
Bercampur baur.  opkos perasaan more to oz.. dah dua tahun duduk sini, 1.5 years in Sydney and another 5 months in Adelaide. Aku suke, keramahan penduduknya, aku suke kekurangan jenayahnya, aku suke environmentnya, aku suka cara melayan sesama mereka. Aku rasa tenang disini. Mana mungkin aku akan lupekan oz.

Flight dr Adelaide tiba di Sydney pada pukul 10 malam, n flight ke Malaysia pd pukul 8.50 pagi keesokan harinya. Sudah tentu aku pilih untuk bermalam di airport sahaja. Tidak ke Malaysia Hall (teksi kesana je dah $40, pergi balik dah $80, kan kos dah tu). So, aku nak bg tips tuk bermalam di International aiport sydney.

- Domestic airport and international airport di sydney adalah berbeza, namun jaraknya tidaklah jauh sgt. aku rase tak sampai 7km pun.
-bile kau sampai je kat international airport, pg dekat arrival yang mula2 skali, kat situ cr port tuk tdr. beres, sbb aiport akan ditutup pada pukul 12 malam - 3 pagi. dan ade org akan arahkan kan kau pg dekat port yang blh tdr tu.
- Akan ade pemeriksaan pasport and boarding pass, ye la. die taknak la org yang tak de pasport n boarding pass tdr situ, karang jadi pape kang. means tak sume org boleh tdr situ hanya org yg flight die pagi je blh tdr.
- Bawak le selimutke, sleeping bag ke. Cam aku pg td, tdr kat lantai je, nasib bawak bantal. actually, sgt sejuk taw even skarang summer.
- Pukul 3 pagi airport akan bukak, blh pg ke depature and mandi dekat sana, ade toilet yang ade shower. towel bawak sendiri la n ade banyak kedai sudah mula beroperasi sekitar 4 pagi.

done.

-fifi-
5.07am
31/12/2014
international airport sydney


Monday, October 13, 2014

Resepi Pancake ala Pancake On The Rocks

Walah.. tajuk resepi tak nak kalah..ala Pancake On The Rocks gituuuuuu.. Aku bukan penggemar pancake.. tp sejak makan dekat pancake on the rock, pancake tu dah boleh dijadikan sbg sajian makanan..


Sumber : encik Google.

Tp kalau nak makan dekat pancake on the rocks hari2 blh kopak la...

Resepi Pancake
Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/16713

Ingredients
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 3 sb gula
  • 1 sb minyak
  • 1 sb mayonis (tambah)
Instructions
  1. Satukan tepung gandum dan baking powder
  2. Asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. Dalam bekas lain, campur kuning telur,gula dan susu. Kacau sebati
  3. Masukkan minyak dan susu td dalam no1. Kacau hingga sebati. Kemudian masunkkan putih telur dan kacau secara kaup balik.
  4. Sedia untuk dimasak atas pan api sederhana besar.


Resepi Coklat
Ingredients
  • 1 sb butter/mentega (just nak mencantikkan warna coklat)
  • 3 sb susu segar
  • beberapa keping/potong coklat
Instructions
  1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler.
  2. Masukkan butter dan susu dan sedia untuk dihidangkan.


Tadaaaaa... walaupun rase die tak sama langsung dengan rasa pancake dekat pancake on the rocks, tp still sedap. 

Tuesday, August 5, 2014

Resepi Sambal Gesek


Entry kali ini ialah Sambal Gesek. 1st time makan dekat rumah k.nany dulu. Bukan main pedas rase die :).
Sedap dimakan dengan nasi panas dan masak lemak cili api, mengancam.

Resepi : Sambal Gesek
Resepi Asal : http://warisanbondaresepi.blogspot.com.au/2014/01/sambal-gesek-aka-sambsl-tumbuk-ikan.html

Segenggam ikan bilis
Cili Padi ikut suke brape banyak
secubit garam
Sedikit perahan lemon/limau kasturi ke

Cara2:
Tumbuk cili padi. ikan bilis. Masukkan secubit garam dan perasakan dengan jus lemon.


Monday, August 4, 2014

Ayam Panggang Yoghurt

Masak ni sebab nak perabihkan yoghurt dlm peti ais. Beli yoghurt asli dekat kedai muslim sinun.
Amik resepi ni dekat blog Azie kitchen sbb gambar ayam die nampak sedap... hehehe

Resepi Ayam Panggang Yoghurt
Resepi asal : http://aziejaya.blogspot.com.au/2013/11/ayam-panggang-yoghurt-yang-sedap.html



Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong 4 
1 cawan plain yogurt
3 sudu makan olive oil
2 sudu makan jus lemon
Garam secukup rasa
2 sb gula  
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan jintan kasar - ditumbuk
1/2 sudu jintan halus - ditumbuk
2 sudu makan  rosemarry
1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk
1 sudu makan lada hitam kasar
1 inci halia - ditumbuk halus
1/2 sudu serbuk kunyit
2 batang serai di ketuk

Cara cara:
Satukan kesemua bahan dan lumur pada ayam dan perap selama 1 hingga 3 jam. Lumur semalaman much better.

Susun atas dulang dan bakar sehingga kulit die nampak cam garing.. yummy... Rosemarry letak lebih pun takpe.. wangi nanti.



see, nampak sedap. yang berair tu bukan minyak ye, tu air dr ayam.

Tuesday, July 29, 2014

Resepi tauge Celur

Sempena hari raya kedua, tahun kedua berada diperantauan dan tahun pertama beraya degan En Suami, sy ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin. Sekarang sy dah berada di Adelaide dan akan stay disini InsyaAllah selamanya sampai En suami habis pengajian. InsyaAllah juga blog ni nnti akan penuh dengan resepi. Bukan ape, bile nak masak tercari2 on9 resepi yang penah masak dulu. Kalau dah catat macm ni kan senang :) Dont worry... sila cilok resepi2 ni nnti. Di jamin sedap. Resepi sedap sahaja yang akan dimasukkan :)


Resepi Tauge Celur
Resepi asal : http://www.myresipi.com/top/detail/4237

  • 150 gm taugeh
  • * 2 sb air panas + 1/2 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 1 1/2 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
  • sedikit lada sulah
  • secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara

  1. Celur taugeh, jgn lama sangat dan toskan airnya dan ketepikan
  2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
  3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
  4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Tuesday, March 25, 2014

Malaysia.. I miss you

Oh... how i miss blogging and i kind of miss writing on this.. so im back and starting again :)

Tahun ni tahun kedua kat Australia n dah tak balik sejak last year lg.. so bayangkan betapa rindunye dekat :

keropok lekor.. minum tea petang sambil menikmati keropok lekor.. alangkah lazatnye..

 Okey.. ini sangat lazat.. goreng pisang bersama sambal kicap.. walaweh

or bile lapar2 malam (time bujang dulu).. keluar pg beli burger tepi jalan. Burger special daging.. :)
(Pic - belah kasihan en google)

eh.. opkos rindu family n kawan2... sigh..

Bukan tak nak masak.. tp sbb duk hall.. mmg tak blh masak.. huhuhu.. tp pisang kat sini tak macam pisang kat malaysia.. pisang sini besar2 panjang n tak sesuai nak buat goreng pisang (alasan).. n cheq memang bengang if bile bukak fb or instagram depa duk tunjuk2 gambaq makanan.. depa tak pikiq ka orang macam cheq ni.. mahu menangis cheq tgk.. hahaha.. Okey stop..

Fifi sekarang :
- Sgt super duper bz this sem.. sbb project B akan submit by the end of this semester.. Amin.. I wonder why this sem cepat gilos masa berlalu.. now.. in the middle of week 4..
-  Dah join program one day one juzuk :) Program-program macam ni amatlah bgs.. sbb drpd malas baca al-quran or tak sempat baca.. kite akan ada perangsang dr kawan2 group kite.. Tp group fi takde la baca satu hari satu juzuk.. kitaorg baca satu hari separuh juzuk.. Okey la tu kan..

itu je update untuk hari ni..









 


Tuesday, January 14, 2014

Sydney Eye Tower and Hyde Park

Kami (Kd and me) got free ticket dr visitor untuk ke Sydney Eye Tower. Sbb kalau beli harga dlm 2+.++ - 3+.++ macam rase tak berbaloi.. Sydney Eye Tower dekat dlm westfield sydney CBD..

















Hyde Park