Major Depressive Disorder

Major Depressive Dissoder

Lama menyepi, bukan apa sudah dewasa dan hidup sekarang lebih kepada bersifat peribadi.

so hari ini sy akan explain mengenai MDD yang saya alami dalam masa dua tahun (2019 -2020)


gambar ehsan google

Apakah itu Major Depressive Disorder?

atau dalam Bahasa Melayu MDD ialah Kecelaruan Episod Kemurungan Major ialah gangguan mood yang menyebabkan anda berasa sedih berpanjangan, hilang minat terhadap apa-apa dan menyebabkan kesukaran menjalani kehidupan seharian, malah anda juga boleh rasa bahawa diri tidak berguna lagi untuk hidup. 


Ciri-ciri orang yang ada MDD

1. berkurung 

2. suka tidur @ tak boleh tidur

3. banyak makan @ tak makan langsung

4. sedih melebihi 2 minggu

5. berfikir nak bunuh atau cederakan diri atau untuk menamatkan semua ini

6. rasa todak berguna, tiada harapan dan tidak bermaya

7. nak duduk sorang-sorang

8. mudah penat, untuk buat perkara kecil pun rasa penat

9. terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran dan menyebabkan kepala kita penat dan lesu. 

10. rasa nak marah walaupun dengan kesilapan yang kecil

11. kurang keyakinan, rasa rendah diri dan malu dengan diri sendiri.

12. menjauhkan diri dengan semua orang termasuk kawan baik, saudara mara mahupun keluarga. 


to be honest, sy mengalami semua perkara diatas, bagun pagi sahaja fikir tidur, bila tidur rasa nak tidur. kenapa?? sbb bila tidur, masalah tak perlu difikirkan. 

ramai juga orang yang ada MDD ni tak tunjuk pun yang dirinya ada MDD, boleh senyum dan gelak2, last2 bunuh diri. macam tu la.. 


so next saya akan cerita, bagaimana sy memujuk diri sendiri untuk dapatkan treatment.

Comments

Popular Posts