Tuesday, January 20, 2015

Melancong ke Sydney part 1

Assalamualaikum n selamat pg,

Topic kita pada hari nih ialah tip-tip untuk melancong ke sydney. Ok skema. Aku dah tggl di sydney selama 1.5 tahun n di Adelaide selama 5 bulan dan pernah menjadi pemandu pelancong di Sydney and Adelaide dan pernah mengembara ke melbourne and hobart. InsyaAllah segala tips/ nak makan dekat mana/ nak tidur dekat mana/ nak melancong dekat mana akan ditulis dlm blog ni untuk memudahkan sesiapa yang nak pergi ke oz :) Untuk pertama kali, kite cerita pasal trip ke sydney dulu okeh.

Untuk ke sydney, aku rase seminggu tu dah lebih dr cukup even tuk round city je dalam 2 hari pun dah boleh habis lawat sydney CBD. berbaloi tak ke sydney. bg aku sgt berbaloi sbb die ade pantai dan alam semula jadi yang cantik walaupun sydney merupakan antara bandar yang termahal didunia tp sbnrnye blh je melancong kalau kau bawak $300 sorang. cuma kena jimat skit. aku blh ajarin itu juga ya.

Penginapan

1. Of course yang murah skali di Malaysia Hall Sydney. Malaysia Hall dekat oz ni ade 3, Sydney, melbourne and perth (terbaru).

Maklumat ttg Malaysia Hall
  • Murah (pelajar undergrad/budak skolah 3 hari pertama $6 (RM 18 satu malam), postgrad 3 hari pertama $8 (RM 24 hinggit satu malam), selain dr pelajar 3 hari pertama $20 (RM 60 satu malam).
  • Makanan boleh di beli/ tempah dengan abg sam  dlm $15 sehari/per person (bfast + dinner)
  • Toilet ade dlm bilik
  • Dekat dengan beach/ randwick/ halal food/ unsw/ public transport pun senang
  • Korang boleh join event diorg cntohnye bacaan yassin or hari raya or whateva n dpt makan free ;) tak yh malu2.
  • perkakas mandi cam sabun sume tak disediakan. Towel boleh request, $2 satu towel
  • tempat tuk iron baju ade, takyh bawak iron
  • Tak boleh memasak, tp air panas disediakan and ade peti ais n microwave
  • Check in kol 2 ptg and check out 10 pg. 
  • Malaysia Hall ni bukan hotel taw, dia cume macam beri kemudahan dengan harga yg murah. Jgn expect die macam hotel, bersih dan senyap sepanjang masa. akan ade student yang tggl disitu.
  • n kalau nak booking sila booking awal. 6 bulan sebelum pun takpe.
2. Bagi aku kalau korang dtg secara melebihi 5-6 orang (bukan student) better tggal dekat rumah postgrad sape2 (aku blh bg cdgkan sape2 kalau nak) sbb:
  • Makanan dekat sydney CBD too expensive kalau kau dah 6 org, baik kau masak sendiri. Makanan segar cam ayam/ sayur yang tak masak lg tersgtla murah dan fresh. Butcher halal banyak, tp kena pandai cari. Kalau tggl dekat hall n nak makan dekat hall sorg je dah kena bayar $15, kalau 6 org? lg banyak.
  • Rent pun murah, slalunye diorg amik satu malam $80, dah jimat banyak tu kalau pg melebihi 5-6 org.
 3. Backpackers/ Hotel/motel. Backpacker2 slalunya dlm $30 satu malam seorg (RM 90), hotel slalunye rege more than $100++, ade je yang below $100.

okeh, boleh pilih yang mana berkenan :)

Makanan
  • Korang boleh makan dekat Malaysia Hall, order je. makan macam kat kedai. P/S: roti canai, satay n nasi goreng abg sam tu sedapppppp sgt.
  • Masak sendiri or
  • Makan dekat luar. tp mahala skit la, sekali makan je dah $10 tp tak yh risau, portion die besaq. meh aku list kedai yang sedap dan slalu kitaorg pg:
  1.  Taste of Thai atau Tum's Thai dekat Randwick (ni dekat ngan Malaysia Hall) --> sume dlm menu  die sedap
  2. Chinese Noodle Bar atau Kung Fu Ramen (dekat ngan Paddy's Market/ Haymarket) --> order noodle ja. nasi tak sedap. hahaha
  3. Pancake on the rock (dekat circular quay pun ade n darling harbour pun ade). --> order pancake. 
  4. Ipoh on York (dekat York St, dekat ngan QVB).
  5. Ughyur Cuisine dekat chinatown pun sedap. Asik masakan melayu je. cuba kelainan skit.
  6. KFC dekat punchbowl and dekat townhall tu halal. Cuma jgn order nugget n popcorn chicken.
  7.  Dekat anzac parade (UNSW lower campus) melambak2. Ade sedap rase, ayam goreng 99, Its time for thai, pondok buyong, Kaki Lima.
  8. Kedai org arab pun melambak, cuba check logo halal.
  9. Istanbul, Newton. Order pizza or kebab. bukak sampai 1 pagi. 
  10. Sydney fish market, ketiga terbesar di dunia taw. kat sini kena hati2 skit. sila ckp kat counter yng kau tak nak letak bacon/ beer. tp sedapppp, fresh n berbaloi.
or kalau korang nak makan daging unta blh ke lakemba, sydney.

Dekat sydney mmg tak susah nak cr halal food sbb die ade dimana2. Kalau rasa nak save duit just beli roti dekat coles n makan ngan nutella ke, mayonnaise ke, tuna dlm tin tu ke.

Tuk air minuman pulak, air dekat satu oz ni mostly blh minum direct trus dr pipe cume kau jgn minum air panas direct dr paip k.

Pengankutan

  • Kalau pg berdua or bertiga n nak round city je n dtg sydney pun dlm 2, 3 hari je aku cdg kan beli mybus 1 multiten and mybus 2 multiten je. kalau stay dlm seminggu n nak pg tempat jejauh aku cdgkan beli mymulti3. Kalau berdua nak sewa kete cam tak berbaloi sebab parking kat city tu mahal. naik bus/ train je. pengankutan awam sydney sgt okey n tepat masa. n korang akan banyak jalan kaki sebenarnya dlm city tu. lupe plak, free bus pun ade bus no 555.Mybus, mymulti adelah dua benda yang berbeza.
  • Opal card pun senang jugak sbb lepas 8 kali trip dlm minggu tu, korag akan dpt free ride dlm minggu tu jugak.
  • Kalau bawak org tua, n pg ramai, n nak pg tempat jejauh aku sarankan sewa kereta je. Macam aku dulu, bila family aku dtg, aku sewa kereta n beli mybus 1 multiten,  sbb org tua tak larat nak jalan kaki lama2 lenguh katanya. lagipun bila -+x/ harga ticket bus tu sendiri tuk beberapa org boleh cover parking. nanti aku ajarkan macam mana nak dpt parking murah.
  • Sewa kereta tak la mahal sgt sebenarnye. sehari kau blh dpt dlm $35 dekat hertz, budget, eurocar or lain2 blh check dekat http://www.vroomvroomvroom.com.au/ . insurans aku tak galakkan kau beli dr company kete sewa sbb rege die mahal n die cover skit je. Insurans, korg blh beli dekat ni https://tripcover.com.au/ beli dekat sini je lg murh n die cover banyak. err ni untuk kereta sewa di oz je k.
  • sila tempah online awal2 sebelum dtg k.

Shopping 

Ape yang org slalu beli/ shopping bile dekat oz. Ni yang ni penting so that korang blh budget brape nak bawak.
Ade 2 factory outlet (DFO) di sydney yg femes; Hombush and Birkenhead Point.
  • cenderahati/ tshirt/key-chain dll boleh beli dekat paddy's market. murah sgt.
  • correlle/pyrex/ corning ware --> beli dekat world kitchen. dekat alexandria and dekat birkenhead DFO pun ade.
  • noritake --> murah jugak. sila beli dekat Victoria Basement, alexandria
  • Fossil --> Hombush outlet ade.
  • Oroton --> hombush or birkenhead outlet
  • Perfume yang boleh tahan murah dan fish oil (vitamin) blh serbu dekat discount chemist
  • tuk yang ade baby blh jenguk pumpkin patch dekat DFO
  • kasut2 cam hush puppies, clark, converse, nike, blh tahan murah jugak. aku beli dekat DFO jugak
  • cotton on kdg2 blh dpt $5 selai baju. 
  • kalau nak naugart ade jual dekat paddy's market
Aku tak gallakkan korag shopping dekat QVB/market street (dekat ngan hyde park) or bondi juction sbb better korg pg DFO, harga berkali ganda murah.

Bila masa yang sesuai melawat Sydney
  • sydney mempunyai 4 musim; summer (dec- feb), autumn (march- may) winter (jun- august), and spring(sept - nov). penting tuk thu supaya boleh bawak pakaian yang sesuai.
  • Bile ade festival/ aktivi seperti :
    • Vivid sydney (22/5/15 - 8/6/15) cantik. Opera house, darling harbour and townhall warna warni. http://www.vividsydney.com/ tuk info
    • sculpture by the sea sepanjang bondi beach ke coogee beach. slalunya november.
    • Pokok jacaranda pada musim spring
    • time2 xmas (dec) or australia day (26 jan) or pertengahan tahun, sbb banyak sale n ade event yang best.
    • tiap2 sabtu malam dekat darling harbour pukul 9 malam blh tgk bunga ape free :)
    • Winter korang blh pg darling harbour or bermain salji di snowy mountain. 
Sculpture by the sea
sculpture by the sea
fireworks
Serba sedikit mengenai Australia
  • Menggunakan matawang Australian dollar (AUD, $). tak blh guna RM langsung k. aku penah guna maybank card and CIMB card dekat sini, blh keluarkan duit cam biasa. cuma kena charge brape hinggit ntah. dah lupe.
  • sila bawa travel adaptor k. plug die lain dr malaysia
  • Visa kena ade tuk dtg ke australia. buat online dekat http://www.immi.gov.au/Pages/Welcome.aspx senang sgt n murah je ($20).
  • Australia ni korang tak blh nak compare harga ngan malaysia ke bandung ke, china ke.. beza sgt. harga die mahal. nnti aku cite macam mana nak melancung ke beberapa tempat di oz dengan jimatnya.
Next episode, aku akan kupas:
-->  tempat2 yang dicadangkan or itenary di sydney
--> Budget

Jom layan pics

Pancake on the rocks



vivid sydney dekat opera house

vivid sydney dekat circular quay

salji di snowy mountain

bus lama time austalia day

raya di malaysia hall sydney

oz day :)