Sunday, March 31, 2013

makanan @sydney

Since sume org slalu tanye aku makan ape dkt sydney.. halal ke tak... meh aku bawak korang jelajah sydney.. hehehe.. at least kalau dtg sini blh pg ;)  ni yang aku mkn selama sebulan duk kat sini :)

 Ni dekat Fish Market.. tak tahu nama :) setiap satu cam $20 (tp banyak)
 Nasi dekat Sedap Rasa $7.50

Ni pun dekat Sedap Rasa $7.5

 ni tak tahu nama.. tp lobster.. dekat Fish market $22

 Penkek dekat the rocks.. besar giler.. $10 - $15.. tp sedap..

gozleme (beli dekat campus) $8


See... selain kat situ.. aku makan dekat m'sia hall...  Makanan dekat atas.. tuk rase2 blh la.. mahal ooo tak mampu nak makan selalu.. :)

Thursday, March 21, 2013

Coogee bench

Australia mempunyai pantai yang SubhanAllah sgt cantik! last week pergi ke coogee beach.. itu pun nasib baik ajk sukan perempuan dekat m'sia hall sgt rajin buat aktiviti :-)

 sgt comel di situ.. dek kerana sekarang musim autumn.. mandi dekat pool pantai dan angin yg sgt sejuk.. memg tidak la nak mandi :)mungkin nnti..


 banyak giler burung dekat pantai.. n diorg cam tak takut sgt ngan manusia..


 Coogee baach :)


 Jiha tgh keja burung.. gituuu :-)






 Laut die color turqoise.. Cantik sgt Subhanallah

 Ni macam ade satu jalan kebawah yang tersorok... so that bile turun bawah je.. akan nampak pic kat bawah..


 tempat yang macam tersorok ni.. tgk pantai dr dekat :)


 tgk ombak die sgt kuat




 pandangan dr atas.. sesuai kalau tgh2 stress study pg pantai n lepak di situ.. tak jauh dr m'sia hall.. 15 minit.. naik bus 373 ke Coogee Beach via Randwick :)




Tuesday, March 12, 2013

Pokok di luar atau di dalam

agak tertarik dengan kisah dibawah

Alkisah bersama atuk…

Seorang budak kecil telah pergi berjumpa dengan atuknya dan memberitahu:
“Atuk. Him akan menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa nanti. Boleh atuk bagi tips bagaimana nak ke sana?”
Atuk memegang tangan cucunya Ibrahim tanpa berkata apa-apa dan membawanya menaiki motor untuk membeli 2 pohon pokok kecil.

Sebaliknya di rumah, atuk mengarahkan cucunya untuk menanamkan satu pokok di dalam pasu dan membawanya ke dalam rumah dan satu pokok di kebun belakang rumah.
“Him jaga pokok dalam pasu ini baik-baik. Siram tiap-tiap hari dan baja tiap-tiap minggu. Yang pokok di luar, siram air sekali sekala dah cukup,” pesan atuk.

Setelah seminggu, atuk bertanya kepada cucunya:
“Him, rasa pokok mana yang akan lebih berjaya pertumbuhannya di masa depan?” tanya atuk.

Ibrahim berfikir sejenak sebelum menjawab: “Pokok dalam rumah atuk. Sebab Him jaga dengan baik. Ia dilindungi dan selamat. Yang luar itu tak ada orang jaga.”
Atuk cuma bersenyum.

Kemudian untuk beberapa tahun, Ibrahim kembali ke kampung menjenguk atuknya.

“Atuk, Him nak keluar negara belajar. Atuk sehingga sekarang tak pernah jawab soalan Him bagaimana Him boleh jadi seorang yang berjaya,” tanya cucu.

Atuk membawa cucunya untuk melihat pokok di dalam rumah dan pokok yang ditanam di belakang kebun ketikanya masih kecil.

“Masih ingat dua pokok ini? Siapa lebih besar?” tanya atuk.

“Yang di luar. Tapi ini tak masuk akal, kerana di luar cabaran lebih mencabar untuk pokok berbanding yang di dalam,” kata cucunya.

“Ya, risiko menghadapi ujian yang direka Allah di dunia ini adalah berbaloi. Akar pokok di luar mempunyai kebebasan untuk mencari air sehingga ke teras bumi manakala daun boleh tumbuh mencapai langit. Him, kena ingat teori ini dalam segala apa yang Him lakukan. Jika Him memilih jalan tanpa risiko dan cabaran, Him tidak akan tumbuh seperti pokok dalam pasu.

Jika Him berani menghadapi cabaran dengan hati tenang dan yakin bahawa Allah bersama Him, Him akan membesar seperti pokok di luar. Usah takut pada cabaran, Allah membuatnya untuk memberi pemahaman dan untuk manusia mencapai potensi yang tidak diketahui mereka,” terang atuk.

Ibrahim mendengar dengan khusyuk dan mengetahui bahawa apa yang diterangkan atuknya adalah benar.

Begitu juga dengan kita yang membaca. Jika kita memilih jalan yang selalu selamat, tanpa perlu sebarang perjuangan dan kesusahan, kita tidak akan dapat mencapai potensi kita sebenar dan berjaya dalam apa yang kita lakukan.

 

 cuba untuk manjadi seperti pokok diluar..

"Jika berani menghadapi cabaran dengan hati tenang dan yakin bahawa Allah ada bersama, kita akan membesar seperti pokok di luar. Usah takut pada cabaran, Allah membuatnya untuk memberi pemahaman dan untuk manusia mencapai potensi yang tidak diketahui mereka"

Thursday, March 7, 2013

Malaysia Hall Sydney

Ye, sememangnye aku menetap di Malaysia Hall sydney kerana harga die berpatutan dan berbaloi2, tp time 1st meeting with org2 tertinggi m'sia hall, diorg akan naikkan kadar sewa starting jun 2013.. Postgrad = aud 8 dan undergrad aud 6 setiap hari.. makan pulak berbeda ya tuan puan sekalian.. aud 10 sehari iaitu bfast n dinner sahaja.. okey la tu kan.. tp hanya org2 1st sem and last sem je yang diberi keutamaan tuk tggl di m'sia hall..

Bilik..
tadaaa....

kemas dan bersih rupenye bilikku... mengandungi 2 kali single.. 2 meja study, satu meja panjang di tengah2 katil satu almari tp 2 bahagian, satu rak buku yang aku jadikan sebagai tempat letak makanan, dan tandas.. okey tu bukan pintu tandas.. tu pintu ke beranda luar.. tgk view alison road.. weeeeeeeeeee.... esok ade music festival.. ade psy katenye.. n jalan kat alison road pun akan ditutup esk... so, macam mane nak apply tggl di m'sia hall... link kat sini ;) tp kena apply 2 ke 3 mggu awal..

Sunday, March 3, 2013

sydney- Part 2

Hari ni.. hari 1st tuk pg kelas... nebes gitu...
sepanjang 3 hari ni.. dah pg jalan kaki ke randwick sorang2.. tak jauh sgt.. dah try pg uni jalan kaki.. but still tak hfl map dlm uni lg... dah buat bank.. comm bank.. dah join ISMA. (before IKRAM and now ISMA..) asalkan matlamat akhir sama.. tak kisah la kan.. ape lagi.. dah pg jalan2 cari barang.. wah.. rupenye ade jugak jual maggie (nak dekat 4 dollar.. pengsan), sos cap maggie, kicap cap kipas udang.. tp ape yang aku amalkan kat sini ialah.. jgn convert harga yang kau beli kat sini dengan m'sia... kalau convert mmg la mahal..


ni la tempat tggl terchinta :)

Friday, March 1, 2013

sydney part 1

assalamualaikum.. Alhamdulilllah.. setelah berminggu berhabisan duit, cuti, ape lagi.. banyak lagi.. dah masuk musim blaja.. sgt takde semangat sbb sgt jauh antara aku n Alif.. mmg ramai je org yang blh hidup jauh2.. kadang2 br jumpe.. tp susah tuk mulakan... InsyaAllah kalau takde halangan hujung bulan 3 akan jumpe alif... hope so.. alif pg sebulan ke US pun, aku dah nangis everyday.. ni kan duk Adelaide sorang2..

okey.. start cerita.. sampai sydney semalam (hari khamis malam.. kol 10 gitu... ) sampai berdua n stay dekat hotel area ape ntah.. still tak familiar lg kawasan kat sini.. huhu baru sehari kot.. bg aku.. banding sydney dengan US.. aku lebih suke US.. barang die tak mahal sgt.. Sydney sgt mahal, kena pandai cari tempat murah..

huhu.. actually, aku still dalam mood yang sgt sedey.. harap dapat blaja dengan cepat n cemerlang n blh stay dengan alif.. aku susah skit nak terima benda baru.. persekitaran baru.. aku perlukan kawan or someone yang blh nasihat aku skit..

nnti la cite pasal sydney..