Wednesday, March 23, 2011

In-Team - Kehidupan (with nazrey Raihan)



KehidupanMunsyid :

Inteam (duet bersama Nazrey Raihan)

Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..


Honestly.. sy sgt suke lagu ni.. lagu ni dulu femes time wat praktikal poli..
Bile tension wat keje.. akan dengar lagu ni..
yes.. Tuk awak. MR AF..

Friday, March 18, 2011

Mata kiri kedip2?

Diantara perbualan aku n ai yg tak munasabah.....

Ai : Fi, mata kiri aku kedip2..
Fi : Okeh..

or else..

bangun tdr.. tgk hp n ada msg dr Ai...
msg berbunyi..
"Fi, mata kiri aku kedip2"
Dlm hati aku ckp.. bg taw dlm msg pun BOLEH...


huhu.. takde ape nak ckp.. it just slalu org dulu2.. bukan dulu2 jew.. org sekarang pun ckp bile mata kiri kedip2 mean ade petanda buruk akan berlaku.. maksudnye kite akan menangis.. so bg mengelakkan perkara tu.. kite haruslah bg taw org bile mata kiri kite kedip2... tp tahu la betul ke tak..
bile kat umah.. aku try wat kat anis...



Fi : Anis, mata kiri aku kedip2..
Anis : ???? So..???
Fi : Aku saje bg taw.. Aku ngan ai slalu wat camtu..
Anis : Kalau aku, aku bc ayat Kursi...
Fi : Bagus (tp kata dlm hati la.. )

Saturday, March 12, 2011

TaG

Di Tag Oleh Pn Nur Lina Bt Hamdan..
Mekacih cik kak.. hehe

1. Upload wallpaper yang anda guna sekarang



2. cerita pasal gambar

Entah.. aku jenis yg tak letak pic sendiri tuk jadikan wallpaper laptop mahupun hp sendiri.. dah lame gune wallpaper yg ni.. sbb malas nak tukar n takde reason nak tukar.. slalunye, ape2 jew pic yg aku letak jadik wallpaper, ia akan berada di situ untuk s
atu jangka masa yang panjang.. maybe a year..


3. Upload wallpaper sebelum ini

1.

2.

4. Cerita pasal gambar

pic 1st.. time tu minat tol ngan citer twilight.. so guna wallpaper nih skejap.. tak lama pun.. maybe a week..

pic 2nd tu.. sbb color hijau.. fav Rasulullah.. actually.. aku suke wallpaper yg abstrak skit.. bukan serabut2..

5. kenapa anda tukar wallpaper lain?

erm.. senang jew.. bile diri nih kata " eh cantikla pic tu.. jom jadikan wallpaper.."


6. Sudah berapa lamakah anda guna laptop anda tuh?

lama.. tak ingat.. hahaha

7. Anda buat apa lepas settle kan tag ni?

- Print minit mesyuarat tuk subjek etnik.
- Print gambar tuk perjumpaan subjek utility mlm nih.. wat preparation tuk discuss..
- Habiskan tgk cite Secret Garden.. best oo... br tengok ep 6 dari 20..


8. apa tujuan anda buat blog?
saje.. suke2.. tuk luah perasaan kadang2.. kongsi maklumat.. ilmu skit2.. sbb aku suke ag berblog dr fesbuk kot..

9. berapa kali seminggu update blog?
tak kisah.. ikut mood actually.. tuk update tu perlukan masa tuk menaip.. sedangkan masa tak di spend tuk itu dengan banyaknye.. banyak benda lain tuk buat..

10. Tag 4 orang
Empat je? Okey..
- jaja
- k.yana
- aini
- don


11. apa yang anda tau tentang mereka?

~ jaja - sem ni sgt rapat ngan die nih.. die satu kelas ngan aku time kat poli dulu.. kawan jogging ujung mggu.. n kawan study kat library.. Ja.. Kawan sampai ke syurga okeh.
~ k.yana - housemate aku time keje kat kulim dulu.. erm.. sgt respect die nih sbb die sgt pandai.. kakak yg best..
~ aini - budak batch aku yg seorg hepy go lucky.. hehehe.. aku rase hepy bile dgr die ckp.. die seorang yg pandai cari duit.. amat suke makan dekat kedai bos aku..
~ don - budak kelas aku.. Couple ngan am.. ape lagi yg aku tahu..? slalu komen kat blog aku.. mekacih..

12. 5 perkataan mengenai diri anda

- baik hati
- cerewet
- sgt mudah kasihan dekat org
- pentingkan value of frendship tu..
lagi? sape yg kenal aku tlg jawab soklan nih okeh.. mcm kena interview keje plak..

i'm done..

Thursday, March 10, 2011

La TahzaN! ( Jangan bersediH)



Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat

erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]

Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك

Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق

فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر

"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
لتوبة: 40)


[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]

Monday, March 7, 2011

L.I

Nak dekat bulan 4 dah.. (padahal br awal bulan 3)
Hampir setiap hari pegi check nama tempat l.i
dan akhirnya..
sure pulang ke umah dlm kesunggulan..
waa..

sy bukan jew dah apply 3 tempat..
tp sy dah hantar 13 tempat..

Tuesday, March 1, 2011

Trip to singapore

yes.. tercapai jugak hajat nak pegi s'pore.. dari awal sem mula2 masuk u hari tu mmg ingat nak pegi.. name pun duk johor kan..

Thanks to jaja sbb ajak pegi sama hari tu.. even tak sama dengan budak2 kelas yg akan pegi dis weekend.. tapi takpe.. sy sgt gumbire..

cik miss marjerin n me ~ kawan tegar.. basah + sejuk same2



sy pegi dengan mereka2 semua..

Songs of the Sea yang harus tonton dkt sentosa island..



pic lain agak malas nak letak akibat tenet agak lambat..