Wednesday, September 30, 2015

Pengangkutan interstate

Assalamualaikum,

Kali ni aku nak share bagaimana korang nak pg dr sydney ke melbourne ke adelaide. Senang cite interstate punye pengangkutan nak naik ape.

1. of course flight yang ni mmg tak blh nak disangkal lagi. mostly sume org akan amik flight sebagai kaedah utama untuk sampai ke destinasi dgn cepat kan.

2. kereta/campervan/. Yup kereta, korang tak salah baca ;) aku dah penah pg dr adelaide ke sydney ke melbourne n patah balik ke adelaide. menarik gitu. Tp berapa hari cuti daa yang korang perlu mohon nak travel pakai kereta. tp view die fuhhhhh.



Dr Adelaide ke Sydney, kalau ikut jalan yg kat tgh2 tu (tgk map) mmg sepanjang jalan view korg mmg macam gambar yg kat atas ni. macam agak boring jugak. nnti jumpa la pekan kecil2 yang cute2 miut. Kalau nak pg sydney dr adelaide or vice versa, elok la singgah melbourne. Baru gmbr akan jd macam kat bawah ni..





Pengalaman yang sgt berbaloi.

3. Bus - Yang ni, aku cuba dr Melbourne ke Adelaide bulan 12 tahn lepas. ye la tiket flight mostly dah mahal sbb bulan 12 org nak balik beraya xmas. Aku naik bus kol 8 mlm di Melbourne dan sampai lebih kurang pukul 6 pg di Adelaide. Penuh jugak bus tu. Jimat pun jimat plus sorg boleh bawak max 20kg rasanya.
Untuk timetable bus, harga sume blh tgk website ni Firefly. Tp yang ni untuk Sydney/Melbourne /Adelaide je la.

4. Train. Okey yang ni aku tk penah cuba tp akan cuba insyAllah. teringin jugak pg Perth naik train ye tak. Boleh tgk website ni kalau nak naik train k. Great Southern Rail

Tu saje tuk kali ni.
Macam biasa, ade pape nak tanye blh email ke faridda.ashiken@gmail.com sbb aku jrg bukak blog. tkt time aku reply, korang dah booking or dah berlepas ke oz ;)



Saturday, September 19, 2015

Mencari Rumah sewa sementara di Sydney/ Melbourne/ Adelaide

Assalamualaikum,

Lame dah blog ni bersawang. Maaf. Sy selalunye tak bukak blog sgt. Ade ape2 yang nak ditanya, blh email sy di faridda.ashiken@gmail.com. InsyaAllah sy blh jawabkan.

Bagaimana nak mencari rumah sewa di Sydney/ Melboune/ Adelaide. Ye la, Malaysia Hall Sydney skrg dah tak terima visitor, altenatif lain. backpackers or hotel la. Malaysia Hall Melbourne still blh terima vicitor manakala tiada malaysia hall di adelaide. Hotel kat sydney/mebourne/adelaide pulak blh tahan mahal pulak kan. Altenatif lain ialah mencari rumah2 postgrad or undergrad yang balik bercuti ke Malaysia. Selalunye mereka akan menyewakan rumah mereka. Blh masak, free internet, murah, dekat dengan halal butcher :)

Macam mane nak cari.
Paling mudah, jika anda ade fb. blh add
Sydney: Pasar Online Sydney
Melbourne: Dagang Melbourne
Adelaide: Pasar Online Adelaide

Dekat sini anda blh cari kereta sewa, rumah sewa, bilik untuk disewa, makanan murah, car seat untuk baby dan macam2 lagi.

Contoh:

Or korang blh iklan kan dekat situ,
' saya dan kawan sy hendak bercuti di sydney pada .... hingga ..... sesiapa ade bilik untuk disewa sila pm. terima kasih.'
' sy mencari car seat untuk disewa selama tiga hari pada .... hingga ....'
InsyaAllah ade org akan pm korang nnti.