Ceramah oleh Ustaz Hassan Din

oleh sbb anis slalu mintak sy tulis benda2 pengajaran.. so sy tulis la.. (oh... tp.. ni kan blog sy.. ikut ske sy la nak tulis ape... nasib la die mintak tulis benda baik.. so bley terima)Justify Full

Alhamdulillah, 20 MaY yang lalu.. sy diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri ceramah agama yg disampaikan oleh Ustaz Abu Hassan Din..
Ceramah yg tidak bertajuk tu disampaikan dr pukul 9 malam sampai 11 malam.. (skemanyer)...

okey2.. jgn skema..

ok.. dlm ceramah tu dpt la disimpulkan bahawa institusi kekeluargaan kita sekarang ini sgt rapuh..
banyak di dada akhbar (perghh ayat) sekarang ni memaparkan berita mengenai anak2 yg bertindak seperti memukul, mencekik, menendang dan lain2 lagi terhadap kedua ibu bapa.. dimanakah silapnyer? (uh.. tak bley tak skema...) dlm ceramah itu membincangkan tentang tangungjawab seorg anak n tangungjawab seorg ayah... (tak yah nak dibincangkan cuz sy rase sume tahu tanggungjawab masing2... yg menjadi masalah ialah bagaimana nak menunaikan tanggungjawab tu)

ok.. yg keduanya.. ustaz membincangkan tentang keadilan.. dlm Islam, keadilan itu tak semestinya 1:1.. Keadilan dlm Islam berlandaskan kemahuan dan tuntutan.. apekah itu? (yg ni sy nak membincangkan okey)...

P/S: sy mmg tak pandai nak bercerita balik.. jd akan menyebabkan kebuhsanan

ok... alkisah
ader org bertanya kepada Rasulullah...

org: selain Allah dan nabi siapakah yg patut kita hormat?
Rasulullah : Ibumu....
org: ok selain ibu, siapa kah lagi..?
Rasulullah : Ibumu....
org: Ye, sy tahu tp selain ibu, siapa lagi..?
Rasulullah : Ibumu....
org: Ye, sy tahu tp selain ibu, siapa lagi..?
Rasulullah : ayahmu....

jadi kita kena berkhidmat, berbakti kepada ibu kita 3 kali lebey dr ayah kita...
ustaz ckp lagi (ni sbg contoh ok).. klu kita bg ayah kita RM 10.. kita kena bg ibu kita RM 30... camtu la diibaratkan... ibu kan mengandungkan kita, melahirkan kita, menyusukan kita, bangun waktu malam menjaga kita, banyak pengorbanan ibu ok..

contoh keadilan lagi...

pasal pembahagian harta plak.. dlm Islam, lelaki akan mendapat 2 kali ganda dari perempuan.. kenapa? adakah itu tak adil... Adil wahai wahai kwn2 ku.. sesungguhnya undang2 Islam itu sgt adil.. kenapa? sbb lelaki slalu nyer akan banyak tanggungjawab nanti.. kena jaga emak, kena kerja cari nafkah... (n tugas2 lelaki la.. tak kan nak explain kot)...

lagi contoh..

ni bg yg nak berkahwin ramai.. camne yg dikatakan keadilan dlm beristri ramai...

okey.. sy wat kisah (padahal amik kisah ustaz)

Abu (bukan nama sebenar) telah berkahwin.. die beristeri 2..
Isteri pertama mempunyai berat 120kg... jadi die pun berkahwin tuk kali kedua..
Isteri kedua mempunyai berat 60kg...

ok satu hari Abu beritahu kepada isteri pertama & kedua...

Abu : syg, hari ni jgn masak ok. Abg nak bwk syg berdua pg makan roti canai....

sampai di kedai roti canai..

mamak: mahu order ape?
Abu: kami mahu roti canai..
Isteri pertama: Sy mahu roti canai telur 4 keping
Isteri kedua: Sy mahu roti canai telur 1 keping jew
Abu: Ok, sy mahu roti canai telur 2 keping..

okey.. ni la yg dikatakan keadilan dlm Islam.. Keadilan yg berlandaskan keperluan dan tuntutan..
secara logiknya.. tak kan la nak bg isteri pertama yg beratnya 120kg tu makan sekeping roti canai kan.. n takkan la nak bg isteri kedua tu makan roti canai 4 keping.. camtu la.. Adil itu berlandaskan keperluan dan tuntutan.. ok...

wallahualam...
Bold

Comments

  1. i'll give u 1 of my favourite blog.full of tazkirah, n mcm2 la. hope ko rajin bukak blog ni.
    http://inijalanku.wordpress.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts