SyaaBaN

Alhamdulillah, skrg ni kita dah masuk ke bulan syaaban.. hampir kepada pertengahan bulan syaaban...

Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bilangan bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan.

Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadhan ialah bulan yang panas).

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Pada malam kelima belas bulan Syaaban, adalah malam Nisfu Syaaban. Mengikut tradisi Islam, baginda Nabi Muhammad s.a.w. berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.

Umat Islam digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban sebagaimana hadis:

Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis)

Antara amalan dibulan syaaban :-

*Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

* Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban.
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain]. Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti :

Pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.



Comments

Popular Posts