Isteri kepada incik suami

Genap 20 hari sudah menjadi Pn isteri... perasaan ?.. Alhamdulillah :-)..  sbg 1st perempuan DEM 05 yg kahwin, (macam kakak yg paling sulung telah kahwin pulak) banyak msg2 dr bebudak DEM  yg tanye.. 'Best tak kahwin ?" Cam gitu la msg tu berbunyi.. Bak sini cheq nak habaq mai best ke tak ye...

bila mengahwini seseorang, maka kita mengahwini seluruh keluarganya.
Bukan sekadar kasih kepada pasangan, tetapi kasih kepada seluruh keluarga.
Bukan sekadar menyantuni pasangan, tetapi menyantuni seluruh keluarga.
Bukan sekadar sibuk nak masuk syurga dengan pasangan, tetapi berusaha juga nak masuk syurga bersama keluarganya.
 
 
InsyaAllah, sy rase bahagia. Standard la kalau mula2 rase cam susah je nak sesuaikan diri kan.. (cakap macam dah 10 tahun kahwin je). For me, Kahwin itu best sgtttttt tp tanggungjawab seorang isteri tu besar.. tp insyaAllah ;-)


Tanggungjawab bagi seorang isteri :
    1. Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
    2. Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
    3. Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah
    4. Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
    5. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan.
    6. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
    7. Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.
    8. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun seperti dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.
    9. Demi cinta terhadap suaminya, seorang isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami
 banyak lagi ..

Adab berhadapan dengan suami :
  1. Ketika suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.
  2. Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarahi dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang-kadang dia sengaja hendak menguji kita.
  3. Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali kehendak yang melanggar syariat.
  4. Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada anak-anak. Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak-anak atau orang lain.
  5. Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian (di dalam rumah) dan berwajah manis.
  6. Memuliakan ibubapa dan keluarga suami dan menghormati ibubapanya.
  7. Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan gembira dan simpati apabila perlu.
  8. Menjaga harta suami dengan baik dan tidak mengkhianatinya, menjaga kebersihan dan kekemasan rumah, menyediakan peralatan mandi dan pakaian sebelum suami ke bilik air.
  9. Mesti sama-sama merasai perasaan suami, suka kalau ia suka dan berduka kalau ia duka. Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya. Tegasnya dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.
  10. Memelihara maruah suami.
  11. Memahami suami, jia dia pemimpin bantu dia dengan mengambil tahu hal kebajikan anak-anak buahnya. Jika dia guru kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu. Hendaklah kita bersedia dengan apa sahaja keadaan, kedudukan atau perbuatannya.
 banyak lg..

besar tanggungjawab seorang isteri ni rupenye..  kadang2 terlupe sampai incik suami yang buat sendiri...




next.. InsyaAllah...


sumber :
http://wacana-muslimah.blogspot.com/2010/03/tanggungjawab-isteri-terhadap-suami.html
http://wacana-muslimah.blogspot.com/2010/03/adab-berhadapan-dengan-suami.html
https://www.facebook.com/pages/Hilal-AsyrafOfficial/245964752094643

Comments

  1. fifi,update la selalu blog ni ek..tertunggu2 cerita baru dri ko..bydeway sgt manis ko dihari persandingan..

    ibu indah

    ReplyDelete
  2. belog aku dh dipadamkan..hehe..tp aku rindu nk menulis sebenarnya..huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts