Monday, January 7, 2013

Rabi’ul Awwal



.::Rabi’ul Awwal Menjelma::.


Rabi’ul Awwal, menjelma lagi
Bulan yang agung, bulan tersohor
Bulan kelahiran, Rasul junjungan
Sayyidina Muhammad salallahu’alaihiwasallam, Nabi petunjuk
Nabi pilihan, kekasih Tuhan

Di bulan ini, wajiblah kita
Begitu juga, sepanjang tahun
Mengenang Baginda, belajar hadisnya
Sirah ahwalnya, akhlak Baginda
Marilah kita, mengenang Baginda

Yang amat indah, pada Baginda
Janganlah kita, lalai dan lupa
Amat cintanya, pada umatnya
Sentiasa Baginda, kenang umatnya
Wahat umatku, wahai umatku

Marilah kita, marilah kita
Cinta padanya, cinta padanya
Dengan memperbanyakkan, selawat dan salam
Doa sentiasa, kepada ALLAH
Agar menjadi, sebaik hamba
Yang mengucapkan, selawat dan salam

Agar semua, kita bahagia
Menjadi kumpulan, yang sejahtera
Firqah Ahlus Sunnah, wal Jamaah
Hidup dengan Islam, mati dengan Iman
Di padang masyar, di maqam Ihsan

Ucapkan selawat dan juga salam
Paling sempurna pada Baginda
Dialah rahmat, serta hidayah
Dialah rahmat, alam semesta

-Qasidah As-Shadhili-

No comments:

Post a Comment