Resepi tauge Celur

Sempena hari raya kedua, tahun kedua berada diperantauan dan tahun pertama beraya degan En Suami, sy ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin. Sekarang sy dah berada di Adelaide dan akan stay disini InsyaAllah selamanya sampai En suami habis pengajian. InsyaAllah juga blog ni nnti akan penuh dengan resepi. Bukan ape, bile nak masak tercari2 on9 resepi yang penah masak dulu. Kalau dah catat macm ni kan senang :) Dont worry... sila cilok resepi2 ni nnti. Di jamin sedap. Resepi sedap sahaja yang akan dimasukkan :)


Resepi Tauge Celur
Resepi asal : http://www.myresipi.com/top/detail/4237

  • 150 gm taugeh
  • * 2 sb air panas + 1/2 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 1 1/2 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
  • sedikit lada sulah
  • secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara

  1. Celur taugeh, jgn lama sangat dan toskan airnya dan ketepikan
  2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
  3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
  4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Comments

Popular Posts