Melancong ke Sydney part 2

Assalamualaikum n Hi. Lame betul tak update blog, ingatkan nak update part 2 the following week after update part 1, tp bz betul.. maaf Zaza, br bukak blog n baca komen awak. InsyaAllah, sy cuba jawab skrg.

1) apa transport plg sesuai? Sewa kereta mcm takut je nak book online sbb baca2 review menakutkan byk kene hidden cost and hidden agenda.
sy banyak kali jugak sewa kereta di australia, setakat ni sgt okey dan blh dipercayai, insuran mmg wajib dibeli. Beli online di tripcover pun memadai, tak payah add on insuran dari company kereta, MAHAL.

2) kalau sewa kereta, disebabkan ade 4 dewasa, 2 kanak-kanak below 3yo, kena book baby seat and booster ye? Kalau xpki kena saman?
betul, mmg kena pakai baby seat. wajib. bl baca dekat http://roadsafety.transport.nsw.gov.au/stayingsafe/children/childcarseats/

3) kalau travel by cab, sng dpt? Tp cab ape yg muat kami 4 dewasa n 2 kanak2 ni?
blh call maxi. senang dapat jugak. die besar skit dr taxi biasa tp harga mahal..

4) ada x kenalan yg boleh bantu kami pergi ke Blue Mountain and Featherdale Wildlife Park?
ade. blh contact koala belang. or kalau tggl di malaysia hall, blh tanye dekat resident kat situ, mane tahu ade budak2 yg blh tolong bawakkan. blh bantu student kat situ jugakkan :)

5) andai kate sewa kereta plg sesuai utk trip sy, mcm mana nk jimat parking?
 okay. parking mmg sgt mahal. tetapi kalau di sydney misalna, dengan menggunakan online booking, ia dpt menjimatkan duit. antara website yang blh dijenguk ialah https://au.secure-a-spot.com/ or https://au.secure-a-spot.com/

Harap dapat membantu :)

InsyaAllah entry kali ni nak bincangkan tentang itinerary yang  mungkin blh digunakan di sydney. tak kata wajib ikut okeh. tp nak follow okey je. Jimat masa korang tuk plan trip kan.


bg aku mudah je. aku slalu tanya sedara mara or kawan2 aku yg nak dtg oz ni nak tgk ape. nak tgk koala n kangaroo ke.. nak shopping ke. nak tgk beach ke jenjalan tgk view ke.. nak petik2 buah ke. sbb tu penting. dapat memberikan kepuasan secukupnya kalau tahu ape benda yang nak dilakukan di sydney. yang aku kongsi dibawah ni ade lah itinerary family aku yang nak campur2 katanya. sume nak pg.. termasuk uni anak die skali nak pg. okey la... layan je k.

p/s: sila ubah suai sendiri ikut keperluan dan masa

Trip ni blh apply time summer, spring and autumn

Hari pertama
- Sampai (pagi)
- check in malaysia hall, bergambar dekat malaysia hall, kenal2 la ngan warden die n chef die :)
- pg la randwick.. ade taste of thai blh makan, singgah coles or Woolworth  jap beli buah ke, keropok ke, roti ke, nutella mahupun cokelat2.
- ptg tu pg la La Perouse tgk sunset



Hari kedua (trip ke Blue mountain)
(mesti gerak pagi2 pukul 6 lebih. kalau gerak lambat, banyak aktiviti tak dpt dibuat)
- sydney Olympic park (stadium. pg kejap je lebih kurang 30 minit)
- blue mountain, tgk three sisters and kalau berpeluang tgk aboriginal show (sorang masuk $15).
- featherdale wildlife park (zoo, tgk koala n kangaroo)
- DFO hombush (shopping)
- singgah solat dekat auburn gallipoli mosque (masjid terbesar di Australia)

 3 sisters blue mountains.

aboriginal show dekat blue mountains



Hari ketiga (sydney CBD)
- Pagi2 lepak dekat cogee beach, kalau nak lg fun. pg coastal walk from coogee beach to bondi beach sambil tgk sunrise. MasyaAllah, sgt cntik. kalau pg buat coastal walk nnti korang akan jumpe 3 buah pantai yang sgt cantik masyaAllah :). tp lama jugak korang nak berjalan, lebih kurang dlm 2 jam lebih. tp tgk view cantik, sape tak nak.
map aku amik dr http://bonditocoogeewalk.com.au/bondi-to-coogee-walk-map/



- town hall (sydney tower eye), ade market st, blh la kalau nak tgk barangan2 branded kat situ.
- bergambar hyde park, tgk ade banggunan cecantik kat situ.
- quenn victoria building.. wajib pg tgk. 
- royal botanical garden.
- circular quay (sydney opera house n harbour bridge) sambail makan dekat pancake on the rocks.
- tgk museums ke art galleries ke
QVB

dekat hyde park

Hari keempat (sydney CBD)
- Darling harbour (3 attraction sea life aquarium, wild life sydney zoo and madame tussauds)
- lunch dekat fish market
- haymarket (paddy market) shopping yay!
- chinatown

papa with oprah dekat madame tussauds

Hari kelima
-  pg Wollongong, tgk kiama sambil lalu dekat grand pasific drive
- balik.

see, kan dah ckp, 5 hari pun cukup tuk lawat sydney.

trip lain yang tak disebut:
- sandbording, port stephens
- Canberra
- dolphin and whale watching


Comments

  1. Hi mrs faridda,
    Kalo kita ikut itinerary ni.. brp bajet perlu ada?
    Utk 3 dewasa 2yo and baby 11 mo?
    Cuti ketika summer
    nak beli yg multi2 tu bgmn? Kene beli yg sesuai utk jarak perjalanan kan..
    boleh minta tolong pd sesiapa ke bawakan?
    penginapan di rumah postgrad nak deal bgmn?
    Sbb malaysian hall kena tempah 6 bln sebelum..lgpon tgh renovate kalo tak salah..
    kindly email me yanna_razak@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Nanti boleh share tak pasal rumah postgrade yg boleh di sewa dan kereta sewa (partial of the day).
    In Shaa Allah saya plan nak ker sana dalam Sept 2016. Anggaran dalam 2 dewasa 4 kanak-kanak (ages 8,6,4 & 2 years).
    Nak explore nature dan city. Budget tak besar, ala2 berbaloi.
    Share jugak makanan ape yg boleh di bawa.

    ReplyDelete
  3. helo kalau nak hired u jadi tourist guide bole x? :)

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera dan salam I Malaysia. Saya Teoh dari Kedah, Malaysia.
    Ribuan terima kasih diucapkan ke atas blog anda berkenaan perlancongan ke Blue Mountains Australia. Banyak info yang yang dapat dari situ.Thanks a lot.
    Saya ada satu soalan di sini, boleh anda beri pandangan ? Saya dapat dari internet di:
    Guest – RMS Online Booking
    KATOOMBA FALLS TOURIST PARK
    Category :CAMPING SITE
    Penginapan semalam hanya $48 (AUS $), saya booking 2 malam, diminta bayar deposit $48 dahulu.
    Apakah pandangan anda.
    Sekian terima kasih.
    Semoga Allah sentiasa memberkati anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts